Peminat Bola Sepak Malaysia Akan Dilindungi Di Hanoi - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 9:32 PM

Polis menahan peminat bola sepak apabila berlaku pergaduhan ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Vietnam. -foto AFP

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peminat bola sepak Malaysia yang pergi ke Vietnam untuk menonton perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi akan dilindungi oleh pihak berkuasa di sana, selepas kejadian di mana beberapa samseng tempatan menyerang peminat Vietnam di Stadium Shah Alam pada Ahad, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau telah bercakap dengan Duta Vietnam ke Malaysia Pham Cao Phong dan meminta supaya peminat bola sepak Malaysia dilindungi.

"Saya telah meminta daripada Duta laluan selamat untuk peminat kita yang akan pergi ke Hanoi untuk pusingan separuh akhir kedua perlawanan Malaysia-Vietnam pada Disember 11."

"Beliau memberi jaminan kepada saya bahawa keselamatan peminat Malaysia yang datang ke Hanoi akan dijaga oleh pihak berkuasa Vietnam," kata Khairy dalam satu kenyataan.

Beliau sekali lagi memohon maaf kepada Vietnam di atas kekecohan yang berlaku pada Ahad, yang menyaksikan beberapa peminat mereka dicederakan oleh penduduk tempatan di sini selepas Malaysia tewas 1-2 dalam perlawanan menentang Vietnam.

Bagaimanapun, beliau juga meminta peminat Malaysia yang pergi ke Hanoi supaya berhati-hati walaupun dengan adanya jaminan itu, sambil menambah tahap ketegangan masih tinggi.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya bersikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab semasa berada di sana.

Khairy berkata beliau memaklumkan kepada Pham bahawa tindakan polis adalah pantas dan proaktif.

Beliau menambah bahawa beliau telah bercakap dengan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dan meminta polis untuk berkerjasama dalam siasatan.


"Memandangkan gambar penyerang telah diedarkan secara meluas di media sosial, saya berharap polis akan segera membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan