Khairy Minta Maaf Kepada Penyokong-Penyokong Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 3:14 PM

Penyokong-penyokong Malaysia menyalakan mercun sebaik sahaja perlawanan separuh akhir pertama tamat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang terlibat dengan serangan penyokong Malaysia selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki pada Ahad malam di Stadium Shah Alam.

Khairy berkata, beliau kini menunggu laporan rasmi daripada pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kejadian serangan itu berlaku di depan matanya.

"Tidak ada alasan terhadap perlakuan ganas itu. Lebih-lebih lagi mereka adalah tetamu kita. Itukah caranya kita melayan tetamu?

"Tidak kiralah mereka sedang bercuti atau bekerja di sini kerana itu bukan budaya Malaysia," jelas Khairy di laman Facebooknya awal pagi Isnin.

Pada perlawanan tersebut, Vietnam menang 2-1.

Khairy berkata, sesiapa yang melakukan itu perlu sedar bahawa penyokong-penyokong Malaysia mungkin akan berada di Hanoi pada aksi kedua nanti.

"Tidak itu akan menimbulkan provokasi dan risiko keselamatan penyokong Malaysia di Hanoi?

"Disebabkan samseng ini belum memohon maaf dan masih belum menerima jawapan daripada FAM, saya sendiri meminta maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang. 

"Saya akan meminta pihak polis menyiasat perkara ini.

"Penyokong yang ganas tidak akan mewakili Malaysia. Sejujurnya saya meminta maaf bagi pihak Malaysia di atas kelakukan sekumpulan kecil samseng yang tidak bertanggung jawab ini.

"Kami harap pusingan kedua di Hanoi ini akan lebih kompetitif di atas hubungan persahabatan yang terjalin," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Vietnam , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan