Stadium Nasional Bukit Jalil Bakal Tambah Tiga 'Grow Light'

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan masalah pertumbuhan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil selesai, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bakal menambah tiga lagi 'grow light' pada Januari ini.

Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, masalah sebenar stadium itu ialah faktor infrastrukturnya iaitu berbumbung yang menutupi ruang padang dan dibina di bawah paras laut.

Katanya, berikutan dua faktor besar itu, setiap jenis rumput yang ditanam tidak dapat tumbuh dengan baik kerana kurang mendapat cahaya matahari secara terus.

"Setakat ini hanya satu grow light sahaja dipakai dan ia tidak cukup untuk penyebaran cahaya ke rumput.

"Jadi kita telah membuka tender untuk membeli tiga lagi grow light pada Januari ini sebab saya percaya kalau hanya satu sahaja, ia tidak boleh menyelesaikan masalah rumput ini.

"Di Stadium Wembley atau kelab-kelab lain di Eropah, mereka menggunakan banyak grow light bagi memastikan cahaya mencukupi untuk rumput kerana di sana cuaca lebih sejuk,"jelas Rozabil.

Katanya lagi, tempoh sebenar untuk rumput itu matang ialah setahun setengah.

"Rumput yang dipilih jenis Bermuda mula ditanam bermula Februari lalu. Dengan keadaan stadium yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan keadaan yang berbumbung, grow light inilah yang akan menyelamatkan pertumbuhan baik rumput di stadium ini," tambahnya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan PSM telah memaklumkan kepadanya bahawa satu unit lampu yang sedia ada tidak cukup untuk membekalkan cahaya kepada rumput di stadium.  

Dengan itu, Khairy berkata untuk penambahan tiga lagi grow light, PSM perlu mengguna peruntukan sendiri untuk membelinya  kerana Kerajaan telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mengganti padang pada tahun lepas.

Khairy juga turut memberi cadangan kepada PSM agar menggunakan dana dari pendapatan mereka untuk membeli lampu tersebut.

Sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukan untuk pemulihan stadium nasional ini tahun lalu dan kos itu termasuk pemulihan infrastruktur stadium (RM980,000) serta pasir dan rumput berjumlah RM600,000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan