C Ronaldo Jaring Gol Ke-200, Hatrik Ke-23

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO RONALDO terus mencatatkan rekod baharu apabila berjaya menjaringkan gol ke-200 untuk Real Madrid ketika membantu kelabnya menewaskan Celta Vigo 3-0 pada Sabtu.

Dalam perlawanan itu, bintang dunia terbabit turut melakukan hatrik kali ke-23 dalam La Liga.

Kejayaan Ronaldo menghasil hatrik dalam perlawanan tersebut telah melonjak namanya untuk berada di depan Telmo Zarra dan Alfred De Stefano dalam lipatan sejarah bola sepak Sepanyol.



Lebih bermakna buat penyokong kelab itu apabila tiga gol Ronaldo berjaya membawa Real Madrid mendahului La Liga.

Setakat 13 perlawanan dalam saingan La Liga, Ronaldo kini telah menghasilkan 23 gol.

Pemain yang juga seorang model itu berhijrah ke Real Madrid dari Manchester United dengan yuran pemindahan sebanyak £80 juta pada 2009.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan