Perbadanan Stadium Malaysia Perlu Cari Duit Sendiri - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 9:45 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) perlu mengguna peruntukan sendiri untuk membeli tiga unit lampu percambahan 'grow light' bagi menyelesaikan masalah rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Khairy berkata Pengerusi PSM, Datuk Rozabil Abdul Rahman telah memaklumkan kepada beliau bahawa satu unit lampu yang sedia ada tidak cukup untuk membekalkan cahaya kepada rumput di stadium. 
 
"PSM minta tambahan lampu dan mereka perlu mengguna peruntukan yang sedia ada.
 
"Mereka tidak boleh meminta peruntukan tambahan kerana Kerajaan telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mengganti padang pada tahun lepas," katanya.

Khairy bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal rasmi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. 

Beliau berkata sebagai pilihan PSM boleh menggunakan dana dari pendapatan mereka untuk membeli lampu tersebut. 

Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis Cow Grass and Bermuda Green Mountain. 

Sebagai rekod pada tahun lepas, Khairy mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memaksa venue perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir. 

Isu mutu padang rumput di Stadium Nasional kembali menjadi persoalan ketika Perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada bulan lepas apabila dilihat masih berada dalam keadaan buruk walaupun telah menjalani proses baik pulih keseluruhan pada Oktober tahun lepas. 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairy memuji mutu permainan cemerlang pasukan tempatan yang mengambil bahagian pada kejohanan sulong Piala Super Mokh 2014 yang berakhir hari ini. 

Khairy berkata beliau kagum apabila melihat bakat dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain berusia bawah 12 tahun yang bukan hanya setanding dengan pamain luar negara malah ada di antara mereka yang dapat bermain dengan lebih baik. 
 
"Bagi saya ini merupakan hasil awal daripada program pelan PPBN yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 April tahun lepas," katanya. 

Pelan PPBN diwujudkan bagi membangunkan semula bola sepak negara untuk memastikan sukan tersebut berada di kemuncak kegemilangan dan kecemerlangan pada satu hari nanti. 

Khairy berkata kejohanan tersebut akan dijadikan acara jemputan antarabangsa tahunan dan berharap akan lebih ramai bakat-bakat baharu dapat dicungkil menerusi kejohanan tahunan itu. 

Pasukan kelab dari Korea Selatan, Pohang Streelers muncul sebagai juara Piala Super Mokh 2014 selepas menewaskan pasukan Malaysia, Harimau 4-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Astroturf A, Majlis Sukan Negara. 

Piala Super Mokh 2014 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Dis berjaya menarik 12 penyertaan dari dalam dan luar negara dan Malaysia selaku tuan rumah menghantar empat pasukan iaitu Harimau, Tigers, Pantera dan Cougars. 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan