Piala AFF Suzuki: Sanggup Turun Dari Johor Kerana Minat Safee Sali

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 5:24 PM

Masitah dan keluarganya sanggup turun dari Johor semata-mata kerana meminati pemain Safee Sali dan memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. - Foto SURYATI MOHD NOR/MSTAR.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Demi Safee Sali, satu keluarga dari Kulai Jaya, Johor sanggup ke Shah Alam bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki.

Masitah Abdul Aziz bersama suami dan dua anak lelakinya,  tiba di Shah Alam pagi Ahad.

"Kami memang penyokong setia Harimau Malaya. Walaupun agak jauh, namun saya sekeluarga sanggup turun ke Shah Alam kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat pasukan Malaysia beraksi.

"Kami tidak pernah terlepas menyaksikan  perlawanan pada peringkat kumpulan sebelum ini di televisyen dan sekarang secara langsung," jelasnya yang mula beratur untuk masuk ke stadium sejak pukul 4 petang.

Masitah berkata, pemain paling Malaysia yang paling diminati keluarganya ialah Safee Sali.

"Bukan sahaja saya yang minat tengok dia main, malah anak-anak saya juga memang teruja.

"Cara dia sepak dan menjaringkan gol memang cantik. Malam ini Safee mesti jaringkan gol.

"Saya yakin Malaysia akan menang menewaskan Vietnam 2-0," tambah dengan penuh keyakinan
Tags / Kata Kunci: Safee Sali , Piala AFF Suzuki , Masitah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan