PBNJ Rujuk Kes Gary Kepada Jawatankuasa Status Pemain FAM

Diterbitkan: Ahad, 7 Disember 2014 7:40 PM

Gary Steven Robbat.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)akan menyerahkan isu pemain tengah, Harimau Malaya, Gary Steven Robbat kepada Jawatankuasa Status Pemain, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilaporkan menandatangani kontrak dengan Pahang dan Kedah untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya berkata pihaknya akan menghormati sebarang keputusan jawatankuasa berkenaan selepas mendengar penjelasan daripada semua pihak yang terlibat. 
 
"Mengenai isu Gary, kita pada dasarnya sedang menghadapi keadaan di mana seorang pemain menandatangani kontrak dengan dua pasukan berbeza pada masa yang sama.
 
"Dalam keadaan seperti ini, Jawatankuasa Status Pemain FAM akan menyiasat dan menghubungi persatuan serta pemain terlibat bagi menentukan pasukan yang akan diwakilinya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Fahmy berkata PBNJ berharap isu berkenaan tidak mengganggu tumpuan Gary yang kini sedang menggalas tugas untuk perlawanan Piala AFF Suzuki 2014. 
 
Akhbar melaporkan Gary yang didakwa sudah menandatangani kontrak dengan Pahang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan turut berada dalam senarai pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah. 

Gary dan rakan seperjuangannya dalam skuad Harimau Muda A, D.Saarvindran dikatakan menandatangani kontrak bersama skuad Tok Gajah bulan lepas, namun menyatakan persetujuan menyertai JDT selepas beberapa minggu. 

Sementara itu, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi JDT dan JDT II, Johor Southern Tigers, menyeru Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendidik pemain tentang hak dan perjanjian kontrak. 

Tunku Mahkota Johor itu bertitah pemain perlu tahu mereka bebas bermain di mana sahaja kerana perkara itu terkandung dalam hak-hak mereka, namun, dengan syarat mereka mematuhi profesionalisme dan menghormati kontrak masing-masing. 
 
"PFAM perlu mula mendidik para pemain mengenai hak-hak mereka dan perjanjian kontrak kerana kami berasa dukacita apabila ada pasukan yang mengancam dan memeras ugut beberapa pemain dengan menggunakan keluarga mereka, peminat dan juga wang ringgit.
 
"Era baru profesionalisme perlu bermula dari kedua-dua pihak persatuan dan pemain bola sepak, dan ia perlu bermula sekarang, supaya kita tidak perlu melalui masalah ini pada masa akan datang. Saya juga menggesa FAM untuk melihat perkara ini dengan lebih serius," titah Tunku Ismail.

Tags / Kata Kunci: PBNJ , Gary Steven Robbat , Liga M

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan