Posting 'Super Mario' Di Instagram, Balotelli Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 8:18 AM

Mario Balotelli

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool Mario Balotelli telah dikenakan tindakan undang-undang oleh Persatuan Bola Sepak (FA) berikutan komen yang didakwa bersifat perkauman dan anti-semitik di media sosial.

Balotelli bertindak menyiarkan semula gambar watak permainan komputer Super Mario di Instagram awal minggu ini, di mana di dalam gambar tersebut terdapat tulisan 'melompat seperti seorang lelaki kulit hitam dan mengambil syiling seperti seorang Yahudi'.

FA dalam satu kenyataan mengumumkan: "Mario Balotelli telah dikenakan tindakan oleh FA berhubung satu posting baru-baru ini di media sosial.

"Pemain Liverpool itu dituduh melanggar peraturan FA E3 [1] dalam postingnya yang kesat dan/atau menghina dan/atau tidak wajar.

"Ia juga merupakan satu 'pelanggaran teruk' seperti yang ditakrifkan oleh peraturan FA E3 [2] kerana ia termasuk menyebut mengenai asal-usul etnik dan/atau warna dan/atau bangsa dan /atau kewarganegaraan dan/atau agama atau kepercayaan."

Balotelli yang telah diberi sokongan terhadap kempen anti-perkauman pada hari Khamis, berhujah bahawa permohonan maaf yang segera dan memadam posting yang menjadi kesalahan adalah apa yang perlu dilakukannya.

Tetapi FA telah memutuskan untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang, dan penyerang itu boleh dikenakan denda yang besar dan berat.
Tags / Kata Kunci: Mario Balotelli , Super Mario

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan