Harimau Malaya Turun Tanpa Tekanan Ahad Ini - Dollah

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 10:26 PM

Dollah Salleh. Foto S.S. KANESAN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketiadaan kapten Shukor Adnan dan pemain sayap Amri Yahya bukan satu tekanan bagi skuad Harimau Malaya menghadapi Vietnam pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh berkata ketiadaan kedua-kedua pemain itu akibat kesalahan dua kad kuning itu tidak akan menjejaskan tumpuan pasukan untuk meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi, pada 11 Disember ini.

Katanya, anak buahnya berada dalam keadaan terbaik serta bersedia sepenuhnya tanpa sebarang tekanan untuk menghadapi Vietnam.

"Semua pemain tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan ketika menjalani latihan sejak tiga hari lepas," katanya  pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, dekat sini, Jumaat.

Beliau memberi jaminan bahawa anak buahnya akan turun dengan semangat juang yang tinggi untuk memburu kemenangan tanpa memandang rendah kemampuan  Vietnam yang memiliki kelebihan melakukan serangan pantas.

Ditanya calon kapten, Dollah berkata ia akan diputuskan pada hari perlawanan dan menegaskan isu pengganti Shukor sebagai kapten tidak penting tetapi apa yang lebih penting adalah kemenangan.

Sementara itu, pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad mengakui Vietnam mempunyai kelebihan dari segi serangan dan Malaysia perlu membina kekuatan di barisan pertahanan.

"Benteng pertahanan perlu bekerja keras sepanjang masa bagi menyekat serangan Vietnam kerana mereka mampu menjaringkan gol sehingga ke saat akhir perlawanan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan