Kim Swee Nafi Ingin Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih Bawah 23 Tahun, Datuk Ong Kim Swee menafikan khabar angin yang mengatakan beliau bakal meletak jawatan sebagai jurulatih kebangsaan.

"Semua khabar angin itu tidak benar. Saya masih mempunyai baki kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga Disember 2015.

"Dan saya harus menghormati kontrak saya. Jika ada sebarang tawaran pun, saya harus melalui pihak pengurusan," jelasnya kepada mStar Online melalui aplikasi Whats App pada Khamis.

Sebelum ini Kim Swee yang mengendalikan skuad Harimau Muda A dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan FAM selepas ditukar status kepada pencari bakat.

Tugasnya itu diberikan kepada pengendali Harimau Muda B, Razip Ismail.

Antara kejayaan yang pernah dicipta Kim Swee ketika bersama Harimau Muda A termasuk juara Pestabola Merdeka 2013 serta mempertahanan pingat emas Sukan Sea 2011.

Beliau kini diberi tanggungjawab untuk memantau pemain B-23 dalam liga domestik untuk diserapkan ke skuad Sukan SEA 2015 pada Jun depan.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Bawah 23 Tahun

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan