'Kuda Tua' ATM, Hai-O Buka Kilang Produk Makanan

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 10:35 AM

(Ubah saiz teks)

USIA kerjaya sebagai pemain bola sepak tidak sepanjang profesyen lain yang boleh kekal sehingga pekerja itu berusia 50-an.

Berikutan itu, Hairuddin Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, mula memikirkan mengenai masa depannya.

Pada usia 35 tahun, 'kuda tua' yang bermain di posisi tengah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ternyata masih berbisa dan tidak kurangnya diminati gadis-gadis, sama ada selebriti atau kru penerbangan.

"Umur sudah meningkat dan saya tidak pasti sampai bila boleh berada dalam pasukan. Bagi saya, selagi ada tawaran, ada pasukan yang inginkan khidmat saya, selagi itulah saya akan beraksi," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimana pun, kapten ATM ini gembira kerana masih lagi kekal dalam barisan pemain utama.

"Saya masih lagi bermain untuk ATM musim baharu nanti dan kita kami sibuk menjalani latihan pra musim.

"Hujung bulan ini, kami akan ke Bangkok selama seminggu bagi perlawanan persahabatan menjelang aksi  Liga Malaysia tahun depan.

"Setakat ini gabungan semua pemain (baharu dan lama) baik dan yakin musim depan pasukan saya lebih bersedia.

"Secara keseluruhan pada musim lalu aksi pasukan saya kurang memuaskan kerana ramai yang mengalami kecederaan.

"Namun saya yakin tahun depan pasukan lebih mantap dengan kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (Matyo), Fazli Shaari, Shukor Jusoh serta pemain asing," jelasnya.

Dalam pada itu, Hai-O mengakui sudah membuat persiapan masa depannya jika bukan lagi bergelar pemain selepas ini.

"Saya ada membuka kilang berasaskan makanan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, bawang goreng, tepung serbaguna ada banyak lagi.

"Kilang ini mula beroperasi pada April lalu dan kini menunggu kelulusan sijil halal perniagaan.

"Jika semuanya berjalan lancar, produk-produk makanan ini akan mula dipasarkan.

"Idea untuk membuka kilang makanan ini timbul selepas restoran ikan bakar saya iaitu 'Restoran Adeq Su Ikan Bakar' di Terengganu mendapat sambutan yang baik. 

"Jadi saya melebarkan perniagaan restoran itu dengan produk makanan bungkusan yang berkaitan," jelasnya yang turut melabelkan produknya itu dengan nama Adeqsu.


Profil

Nama penuh: Hairuddin bin Omar

Tarikh Lhir:29 September 1979 ( 35 tahun)

Tempat lahir: Setiu, Terengganu, Malaysia

Posisi: Pemain tengah, penyerang

No. jersi: 20

Pasukan: ATM

Karier

1997-1998 Terengganu (remaja)

1999–2002Terengganu (senior)

2003–2008 Pahang

2009 T-Team28(9)

2009→ Negeri Sembilan (loan)

2010-Kelantan

2011-Negeri Sembilan

**Turut menyarung jersi Malaysia bermula tahun 2000

Tags / Kata Kunci: Hairuddin Omar , Hai-O , ATM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan