Piala AFF Suzuki: Dollah Gesa Pemain Lebih Banyak Berkomunikasi

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 1:36 PM

Dollah berkata sesuatu kepada pemain-pemainnya ketika sesi latihan pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh menggesa pemain-pemainnya agar lebih banyak bersuara ketika berada di padang.

"Saya tidak lihat banyak komunikasi di antara pemain...ketika latihan mahupun dalam perlawanan.

"Mereka perlu berkomunikasi di antara satu sama lain kerana ia amat penting dalam sesebuah pasukan. Tanpa itu, pasukan tidak akan teratur," jelas Dollah.

Dollah berkata, ketika sesi taklimat atau perbincangan pasukan, dia sentiasa menekankan kepada pemain-pemainnya agar banyak bercakap.

"Itu antara senarai pertama yang saya akan beritahu kepada mereka. Ia sangat mudah, lebih banyak berkomunikasi akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik.

"Contohnya, penjaga gol tidak akan terlalu tertekan jika dia banyak berkomunikasi dengan barisan pertahanan," jelas Dollah.

Jelasnya, kapten pasukan Mohd Shukor Adan satu-satunya pemain pertahanan yang banyak bersuara kepada pemain-pemain lain.

"Namun kini Shukor digantung permainan, dan saya harap pemain-pemain lain akan mengambil alih tugasnya untuk bersuara, lebih-lebih lagi pemain senior," tambahnya.

Shukor dan penyerang Mohd Amri Yahyah tidak dapat beraksi menjelang perlawanan pertama separuh akhir Piala AFF Suzuki di Shah Alam  Ahad ini kerana digantung satu perlawanan.

Dalam pada itu, Dollah berkata, pemain pertahanan Muslim Ahmad mempunyai ciri-ciri yang boleh menggantikan Shukor di bahagian belakang.

"Muslim mampu memberi arahan kepada pemain-pemain lain malah gandingannya dengan Mohd Fadhli Shas ketika aksi juara Piala AFF Suzuki 2010 sangat berkesan.

"Bagi saya Muslim juga tidak ada apa-apa masalah untuk berpasangan dengan Mohd Afif Amirudin yang juga rakannya di kelab Liga Super," jelas Dollah lagi.

Mengenai posisi Amri, Dollah berkata, dia tidak mempunyai masalah kerana mempunyai banyak pilihan pemain seperti S.Kunalan, Indra Putra Mahayuddin, Abdul Manaf Mamat dan Mohd Badhri Radzi.

"Cuma sekarang belum pasti siapa yang akan tersenarai. Saya akan membuat pilihan dalam masa terdekat ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , Harimau Malaya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan