Chelsea Belasah Spurs 3-0, Kekal Pendahulu Liga - Bola Sepak | mStar

Chelsea Belasah Spurs 3-0, Kekal Pendahulu Liga

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 9:55 AM

Drogba meraikan gol kedua pasukan dan gol peribadinya ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur, awal pagi Khamis. -AFP

(Ubah saiz teks)

Didier Drogba berjaya menyumbangkan satu gol dan membuka satu ruang untuk rakannya menyumbat satu lagi gol dalam perlawanan yang menyaksikan Chelsea membelasah Tottenham Hotspur 3-0 di Stamford Bridge.

Penantian Spurs untuk mencipta kemenangan di Stamford Bridge akan memasuki tahun ke-15 selepas dua bintang kelab tu, Eden Hazard dan Dider Drogba serta seorang lagi rakan sepasukan mereka menghadiahkan Chelsea kemenangan 3-0.

Pasukan tuan rumah menyumbat dua gol dalam tempoh tiga setengah minit selepas gol pertama, melalui Hazard dan Drogba, untuk memecahkan azam lawan mereka.

Spurs meningkatkan permainan pada separuh masa kedua tetapi gagal mendapatkan sebarang gol ekoran barisan pertahanan yang lemah menyebabkan pemain yang menggantikan Drogba, Loic Remy menambah gol ketiga pada minit ke-73.


 "Drogba pemain yang bermain untuk pasukan... dia mempunyai mentaliti orang lama, tidak pentingkan diri, tidak ego, merendah diri dan berjuang untuk pasukan.

"Dia langsung membuatkan saya terkejut. Saya menentangnya ketika bersama Real Madrid dan ketika Chelsea bertemu Galatasaray.

"Saya dapat lihat potensi yang masih dimilikinya dan inilah yang saya jangkakan, saya tidak pernah meraguinya. Dari sudut mental, tidak diletakkan dalam kesebelasan utama setiap perlawanan, saya tahu dia akan mengadaptasi peranan baru ini," kata pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Chelsea masih menjadi pendahulu liga dengan penyandang juara, Manchester City kekal di kedudukan kedua.
Tags / Kata Kunci: Chelsea , Didier Drogba , Tottenham Hotspur
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan