Frenz United 'Rampas' Jurulatih B16, Balachandran Dari FAM

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 1:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tanda tanda mengenai perletakan jawatan jurulatih Bawah 16 Tahun kebangsaan, S.Balachandran akhirnya terjawab apabila beliau disahkan akan membimbing pasukan akademi bola sepak tanah air yang sedang meningkat naik di peringkat antarabangsa khususnya Asean.

Jurucakap Akademi Frenz United berkata, pengumuman rasmi mengenai pelantikan jurulatih kebangsaan itu kemungkinan besar akan dibuat pada Khamis di laman web akademi berkenaan.

"Ya memang betul beliau akan menjadi jurulatih di akademi ini. Sebenarnya pihak akademi telah lama bekerjasama dengannya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Beliau mempunyai pengalaman luas dan segala kriteria yang ada padanya bersesuaian dengan objektif akademi ini," jelas jurucakap tersebut yang enggan dikenali ketika dihubungi mStar online pada Rabu.

Jelasnya, sentuhan jurulatih itu ketika membimbing pasukan B16 negara amat menarik perhatian akademi itu dalam menentukan hala tuju.

"Kami tahu, program di FAM bagi pasukan muda terlalu terhad dan di sini beliau berpeluang mengembangkan lagi kelebihannya sebagai jurulatih kerana di akademi ini terdapat banyak program disediakan, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun akan datang.

"Sebagai sebuah akademi profesional, kami tidak menghalang sekiranya beliau ingin terus berkongsi idea dengan pasukan negara selepas ini.

"Beliau akan terus diuji apabila pada 3 hingga 14 Januari ini akan berlangsung Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz United Bawah 18 Tahun.

"Pasukan akademi bakal berdepan dengan 16 pasukan antarabangsa lain termasuk dari England, Argentina, Brazil serta Jepun," katanya.

Sementara itu, pada Rabu, FAM mengesahkan telah menerima perletakan jawatan Balachandran, namun enggan mendedah maklumat lanjut mengenai perkara itu. 

Sebagai rekod, pencapaian Balachandaran membimbing pasukan muda kebangsaan menarik perhatian peminat bola sepak tempatan apabil pada dua bulan lalu, pasukan B16 kebangsaan berjaya melangkah kaki ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 Ttahun di Chile 2015, namun terkandas 2-1 pada saingan separuh akhir kelayakan kepada Australia di Stadium Muangthong, Bangkok. 

Skuad tersebut mara ke separuh akhir selepas bergelar naib juara kumpulan A di belakang Korea Selatan. 

Malah pada Ogos lalu, pasukan muda ini dinobatkan sebagai juara Piala Juara-Juara Asia FAM-Frenz 2014 sekaligus melonjak nama negara dalam saingan peringkat remaja. 

Manakala pada tahun 2013, anak buah Balachandran turut mencatat sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran Piala AFF B16 di Myanmar buat julung kalinya.

Akademi Bola Sepak Frenz United yang berpangkalan di Janda Baik, Bentong,Pahang, merupakan sebuah akademi bola sepak yang ditubuhkan pada 2012 dengan matlamat mencungkil bakat pemain berpotensi berusia 13 hingga 17 tahun.

Tags / Kata Kunci: FAM , S.balachandran , Frenz United

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan