Piala AFF Suzuki: 8 Ribu Tiket Dijual Secara Online Pada Hari Pertama

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir 8,000 keping tiket perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Vietnam dalam aksi Piala AFF Suzuki telah diijual secara online bermula Selasa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin penjualan tiket akan terus meningkat menjelang perlawanan pada 7 Disember ini di Stadium Shah Alam.

“Penjualan tiket di kaunter akan mula dijual Jumaat ini sehingga hari perlawanan pada Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

“Manakala mereka yang membeli secara online boleh menebus tiket tersebut kaunter tiket bermula Jumaat ini,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan (LOC) Separuh Akhir Pertama Piala AFF Suzuki di Wisma FAM, Selasa.

Tiket boleh didapati secara online menerusi laman web http://www.tickethotline.com.my dengan harga RM40 bagi dewasa manakala kanak-kanak berusia 12 Tahun beharga RM10.

Jelas Hamidin, penjualan tiket dibuka kepada semua, tanpa mengira penyokong Malaysia ataupun Vietnam.

“Buat masa sekarang pihak Vietnam tidak  memohon jumlah tiket untuk penyokong mereka, namun kita anggarkan dalam 500 hingga 1,000 keping.

“Pasukan Vietnam akan tiba di sini pada Rabu (esok) dan akan menjalani latihan sama ada di Padang PKNS ataupun FAM. Kita akan sahkan pada esok,” tambahnya.

Dalam pada itu, Hamidin menyeru kepada semua penyokong yang hadir ke stadium pada Ahad ini agar tidak membawa sebarang bahan-bahan terlarang.

“Seramai seribu orang anggota polis akan ditugaskan pada hari perlawanan nanti, dan mereka akan membuat pemeriksaan lebih rapi. Jadi saya memohon agar semua penyokong memberi kerjasama,” katanya.

Pasukan Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura 3-1 pada aksi akhir peringkat Kumpulan B Sabtu lalu.

Perlawanan separuh akhir kedua (timbal balik) akan berlangsung di Hanoi pada 11 Disember ini.

Tags / Kata Kunci: FAM , tiket separuh akhir , Piala AFF Suzuki

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan