Henry Umum Tinggalkan New York Red Bulls

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

THIERRY Henry sah meninggalkan New York Red Bulls selepas empat tahun setengah bersama dengan kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu.

Bekas penyerang Perancis mengumumkan keputusannya itu selepas tiga hari mengaku berminat untuk kembali ke Arsenal dan telah menukar gambar di Facebooknya dengan Stadium Emirates.

Pemain berusia 37 tahun itu dijangka akan mengambil masa beberapa minggu untuk membuat keputusan mengenai kariernya selepas ini.



"Saya ingin mengumumkan bahawa perlawanan pada Sabtu lalu adalah permainan terakhir saya bersama New York Red Bulls," jelas Henry dalam satu kenyataan pada Isnin.

"Keputusan dibuat selepas kontrak saya tamat dan ia tidak pernah berubah, dan saya tidak mahu mengganggu program pasukan.

"Mereka amat bermakna kepada saya dan terima kasih di atas sokongan mereka selama ini.

"Kini saya akan mengambil masa beberapa minggu untuk membuat keputusan karier saya selepas ini. Terima kasih semua".

Menurut Henry, dia akan terus terlibat dengan bola sepak selepas bersara, sama ada sebagai jurulatih mahupun perunding eksekutif.

Pemenang Piala Dunia 1998 ini mengakui agak kecewa kerana tidak sempat membantu Arsenal dalam menjuarai Liga Juara-Juara, dan berminat untuk berbuat demikian di Emirates.

"Sama ada secara dekat atau jauh, saya akan tetap membantu mereka.

"Ini kelab saya, dan sebagai pemain saya gagal memberi mereka aksi Liga Juara-Juara".

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan