Messi,Ronaldo,Neuer Dalam Senarai Pendek Anugerah Ballon d'Or

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 7:53 AM

Lionel Messi

(Ubah saiz teks)

LIONEL Messi, Cristiano Ronaldo dan Manuel Neuer telah disenarai pendek untuk anugerah FIFA, Ballon d'Or 2014.

Messi, pemenang empat kali anugerah itu, membawa Argentina ke perlawanan akhir Piala Dunia sebelum tewas 1-0 kepada Jerman.

Beliau turut memenangi Bola Emas di Brazil, mencatat rekod baharu sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga Sepanyol  dan  memecah rekod baharu Liga Juara-Juara Eropah dengan menjaringkan gol yang ke-74 menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang zaman mengatasi rekod yang selama ini disandang oleh penyerang legenda Real Madrid, Raul.

Ronaldo pula mensasarkan mahkota kedua berturut-turut selepas memenanginya pada tahun 2013.

Penyerang Portugis itu membantu Real Madrid mengakhiri pemburuan mereka untuk mendapatkan La Decima , atau gelaran ke-10 mahkota Liga Juara-Juara dengan membelasah Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir dan Atletico Madrid pada perlawanan akhir.

Sementara itu Neuer pula mempamerkan persembahan mengagumkan dalam usaha Jerman menjulang Piala Dunia. Penjaga gol terkenal ini paling jelas membuktikan kehebatannya pada perlawanan mendebarkan menentang Algeria di mana beliau membuat 21 sentuhan di luar kawasan penalti.

BIntang dari Bayern Munich ini adalah penjaga gol pertama yang termasuk dalam senarai pendek sejak Gianluigi Buffon disenaraikan pada tahun 2006 dan kini menyasarkan untuk menjadi penjaga gol pertama yang memenangi anugerah itu sejak Lev Yashin pada tahun 1963.

Anugerah FIFA diperkenalkan pada 1991 sebelum bergabung dengan anugerah Bola Sepak Perancis Ballon d'Or, yang bermula sejak tahun 1956, pada tahun 2010.

Pengurus Jerman Joachim Loew, pengurus Real, Carlo Ancelotti dan pengurus Atletico, Diego Simeone telah dicalonkan untuk anugerah Coach of the Year.

Pemenang akan diumumkan pada 12 Januari dalam satu majlis di Zurich.
Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Ronaldo , Ballon d'Or , Manuel Neuer

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan