Piala AFF Suzuki: Jualan Tiket Separuh Akhir Pertama Dalam Talian Mulai Selasa

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:46 PM

Stadium Shah Alam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 membabitkan Malaysia dan Vietnam yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 Disember ini akan mula dijual dalam talian bermula 9 pagi Selasa.

Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiket tersebut dijual pada harga RM40 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Hamidin berkata, sebanyak 70,000 keping tiket akan dijual bagi perlawanan tersebut.

Beliau berkata, bagi mendapat tiket secara dalam talian, orang ramai boleh melakukan pembelian menerusi laman web http://www.tickethotline.com.my dan hanya dibenarkan membeli sebanyak empat tiket bagi setiap transaksi. 

"Mereka yang membeli tiket secara dalam talian boleh menuntut tiket tersebut di Stadium Malawati, Shah Alam bermula hari Jumaat iaitu 5 Disember," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Hamidin berkata, penjualan tiket di kaunter pula akan mula dijual Jumaat ini hingga hari perlawanan pada Ahad.

"Kaunter tiket akan mula dibuka pada pukul 10 pagi hingga 7 petang di Stadium Malawati, Shah Alam dan pada hari Ahad penjualan tiket bermula  pukul 10 pagi hingga bermula perlawanan 8.45 malam," katanya.

Stadium Shah Alam yang siap dibina pada tahun 1994 itu mampu menampung kapasiti 80,932 orang.

Skuad bola sepak Malaysia layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 pada perlawanan penutup kumpulan B yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura, Sabtu lepas.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan