Dollah Hadiah Cuti Sebelum Harimau Malaya Mula Berlatih Selasa

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 9:44 AM

Gol Indra Putra yang dua minit sebelum perlawanan menentang Singapura berakhir dengan kemenangan Malaysia 3-1 pada Sabtu lalu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jurulatih negara, Dollah Salleh menghadiahkan cuti dua hari kepada barisan pemain Harimau Malaya berikutan kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piara AFF Suzuki.

Pencapaian itu susulan kemenangan 3-1 ketika pasukan kebangsaan menentang Singapura di Stadium Jalan Besar republik itu, Sabtu lalu.

Dollah berkata, pemain perlu menggunakan masa rehat yang diberikan itu sebaik mungkin, termasuk mengumpul semangat untuk kembali berlatih pada Selasa.

Kata bekas pemain negara itu lagi, banyak yang perlu dilakukan untuk melalui dua perlawanan separuh akhir menentang Vietnam nanti.

Pusingan pertama akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad ini, manakala perlawanan seterusnya di Hanoi pada 11 Disember ini.

"Tolong jangan tanya saya apa-apa mengenai Vietnam. Beri peluang untuk saya dan pemain berehat sebelum memulakan sesi latihan pada Selasa," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Mengenai perlawanan menentang Singapura, kata Dollah: "Kita menang dalam tempoh 90 minit permainan walaupun mengharapkan kemenangan memihak kepada kita lebih awal. Apa pun mereka perlu diberi pujian kerana berlawan hingga wisel penamat ditiup," katanya.

Safee Sali memberi mata pertama kepada Malaysia, diikuti sepakan penalti yang disempurna Safiq Rahim sebelum Indra Putra Mahayuddin menamatkan persaingan dengan gol yang menjadi bualan ramai dua minit sebelum perlawanan tamat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan menetapkan lokasi untuk perlawanan pertama separuh akhir beberapa hari lagi.

Beliau juga memaklumkan, jurulatih pasukan bawah 23 negara, Datuk ong Kim Swee dihantar ke Hanoi pada Jumaat untuk meneliti perlawanan Kumpulan A antara Vietnam menentang Filipina di mana Vietnam menang 3-1.

"Ia adalah antara usaha yang dilakukan untuk memastikan kita mendapat keputusan terbaik ketika berdepan Vietnam, Ahad ini," katanya.




iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan