Man City Rampas Tempat Kedua Tewaskan Southampton 3-0

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 11:45 PM

Yaya Toure (kanan) meraikan jaringan pembukaan buat Manchester City bersama rakan sepasukan Sergio Aguero (tengah) dan Samir Nasri ketika menentang Southampton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary di Southampton, England, malam Ahad. Foto AP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City menewaskan Southampton dengan 3-0 di Stadium St Mary di Southampton, England pada malam Ahad, sekali gus merampas kedudukan tempat kedua pihak lawan dalam Liga Perdana Inggeris.

Pertemuan dua pasukan yang menduduki posisi kedua dan ketiga dalam liga ini selepas 12 perlawanan nampaknya memberi tekanan.

Kedua-duanya mampu memberikan saingan sengit namun Man City dilihat lebih banyak mendapat peluang.

Man City memperoleh gol pembukaan oleh Yaya Toure pada minit ke-51. Ia diikuti Frank Lampard (80') dan Gaël Clichy (88').

Kemenangan ini membuatkan pasukan di bawah pimpinan Manuel Pellegrini melonjak ke tempat kedua dengan 27 mata.

Southampton jatuh ke tempat ketiga berikutan keputusan perlawanan itu manakala Man City mara ke hadapan yang berbeza enam mata dengan pasukan tempat pertama Chelsea.

Chelsea sebelum ini berada tujuh mata di hadapan Southampton.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan