Jangan Cepat Sangat 'Hukum' Skuad Harimau Malaya - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 5:20 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap tidak berputus asa skuad Harimau Malaya sehingga mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 pada Sabtu, mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, walaupun segelintir pihak menyatakan sepakan penalti menjadi penyelamat kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu, beliau yakin kejayaan menundukkan Singapura 3-1, dipacu semangat juang yang tinggi.

"Setelah Singapura menjaringkan gol (penyamaan), saya lihat pasukan kita tidak putus asa. Mungkin ada yang kata, kita menang sebab penalti.

"Penalti itu kita dapat sebab kita terus berjuang dan bukan kita cepat mengalah. Semangat untuk menyerang itu yang telah mendapatkan penalti," katanya mengulas kemenangan skuad Harimau Malaya itu.

Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan forum 'Stop the Violence Against Women' (Hentikan Keganasan Terhadap Wanita) di Universiti Malaya, di sini Ahad.

Dalam pada itu, Khairy menggesa seluruh peminat bola sepak tanah air memberi sokongan dengan membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan separuh akhir pertama, berdepan Vietnam pada 7 Disember ini.

Malah, beliau yang yakin dengan kredibiliti Dollah dan anak buahnya, berharap tidak akan ada lagi kritikan pedas terhadap skuad Harimau Malaya seperti yang berlaku menjelang kejohanan berkenaan, baru-baru ini.

"Inilah contoh di mana kita jangan cepat sangat menghukum, mengkritik pasukan kita. Bagi segala sokongan kepada mereka," tegas Khairy.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara kumpulan B, berdepan naib juara kumpulan A, Filipina.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan