Gerrard Rai Tahun Ke-16 Bersama Liverpool Di Bangku Simpanan

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 2:42 AM

(Ubah saiz teks)

BUAT pertama kali dalam tempoh 16 tahun, Steven Gerrard tidak tersenarai dalam barisan pemain utama Liverpool kerana dikritik  prestasinya di ‘bawah par’ sejak kebelakangan ini.

Gerrard,34, membuat penampilan pertama bersama Liverpool 16 tahun lalu menerima penghargaan daripada kelab dan sepatutnya beraksi menyambut hari istimewanya ini ketika perlawanan di Anfield yang menyaksikan The Reds menang 1-0 ke atas Stoke awal pagi Ahad.

Bagaimana pun situasi tidak seperti yang dirancang selepas pengurus pasukan Brendan Rodgers memasukkan Philippe Coutinho menggantikan Gerrard yang hanya menjadi pemanas bangku simpanan.

Tags / Kata Kunci: Steven Gerrard , Liverpool , Kapten

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan