United Resah, Angel di Maria Dibelenggu Kecederaan

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 7:38 AM

Angel di Maria digantikan dengan pemain lain pada minit ke-13 selepas dilanda kecederaan.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United kini dalam keadaan resah menunggu keputusan tahap kecergasan pemain sayapnya, Angel di Maria selepas dia digantikan pada minit ke-13 ketika pertemuan dengan Hull City, awal pagi Ahad.

United dibelenggu banyak masalah kecederaan di kalangan pemainnya pada musim ini.

Pemain kebangsaan Argentina itu akan terlepas aksi menentang Stoke City pada Selasa ini selepas menanggung kecederaan hamstring.

"Saya rasa Di Maria mengalami kecederaan hamstring. Saya tahu dia mengetahui anggota tubuh badannya dengan baik kerana pada satu masa dia minta untuk dikeluarkan, jadi mungkin kecederaan itu tidak teruk.

"Sukar untuk dikatakan. Jadi kita harus tunggu dan lihat. Dia akan diketepikan ketika menentang Stoke. Itu sudah pasti," kata pengurus Louis van Gaal.

Van Persie (kiri) dan Rooney meraikan kemenangan United.

United turut bimbang mengenai kaptennya, Wayne Rooney selepas pemain itu dilihat terhincut-hincut selepas tamat perlawanan.

"Saya percaya dia dikasari di bahagian betis kemudian lututnya tetapi ia tidak teruk kerana dia beritahu akan terus bermain," kata Van Gaal.

Pada perlawanan itu, United menyambung rentetan kemenangan menewaskan Hull City 3-0.

The Red Devils menang menerusi jaringan Chris Smalling pada minit ke-16, Wayne Rooney (minit ke-42) dan Robin Van Persie (minit ke-66).

Kemenangan itu membolehkan United menduduki kelompok empat pasukan terbaik dengan mengumpul 22 mata daripada 13 perlawanan.


Tags / Kata Kunci: Angel di Maria , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan