T-Team Umum Jurulatih Baharu 1 Disember

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 4:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab, T-Team yang bakal beraksi dalam kempen Liga Perdana musim depan, dijangka mengumumkan nama jurulatih, Isnin ini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata T-Team kini dalam peringkat akhir memuktamadkan nama jurulatih berkenaan.

"Kita ada beberapa nama jurulatih dari dalam dan luar negara yang akan dipilih membimbing pasukan T-Team tahun depan," katanya.

Selain pengendali tempatan, beliau berkata jurulatih berkenaan adalah dari Indonesia dan Bosnia.

Katanya untuk sementara, pasukan T-Team dikendalikan oleh penolong jurulatih Mohd Azhari Salim.

Dalam pada itu, Mohd Syahrizan berkata pasukan berkenaan kehilangan khidmat jurulatih kecergasan, Stefano Impaglizzo yang akan membimbing pasukan Terengganu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Berikutan itu, beliau berkata T-Team kini mencari jurulatih kecergasan baharu bagi menggantikan Impaglizzo.

"T-Team juga kehilangan pemain tonggak tengah, Muhammad Shahrin Sapien yang berhijrah ke pasukan Terengganu," katanya.

Bagi saingan musim depan, beliau berkata T-Team akan diperkuat sepenuhnya oleh pemain kelahiran Terengganu bagi kuota pemain tempatan, selaras dengan kehendak kerajaan negeri.

Beliau berkata sasaran T-Team pada saingan tahun depan ialah dapat dinaikkan status daripada beraksi dalam kempen Liga Perdana ke Liga Super musim 2016.

Tags / Kata Kunci: T-Team

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan