Aksi Mengecewakan, Van Gaal Beri Amaran Akhir Kepada Van Persie

Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN kesayangan Louis van Gaal di Belanda ketika aksi Piala Dunia iaitu Robin van Persie akhirnya menerima amaran terakhir mengenai prestasinya yang kian merosot di Manchester United.

Van Gaal mengakui kecewa dengan aksi Van Persie ketika skuadnya menang ke atas Arsenal apabila penyerang harapan itu hanya menyentuh bola sebanyak 13 kali.

"Saya tidak rasa jumlah 13 kali itu banyak bagi seorang penyerang, kamu boleh kira kembali jumlah dia menyentuh bola.

"Itulah sebabnya saya mengeluarkan Van Persie. Saya mempercayai setiap pemain, tetapi bila saya menukarnya pasti ada sesuatu yang tidak baik telah dilakukan pemain terbabit.



"Saya telah berkata kepada mereka (pemain) supaya mendapatkan mata. Kamu perlu bersama-sama membantu pasukan mencari ruang. Pada saya, tidak penting siapa yang menjaringkan gol, asalkan pasukan mendapat jaringan," jelasnya.

Selain aksi buruk itu, Van Persie kini bakal tertekan dengan penampilan Radamel Falcao yang telah pulih daripada kecederaan.

Pemain kelahiran Belanda itu juga perlu bersaing dengan penyerang muda United, James Wilson untuk dipilih sebagai watak penting di bahagian serangan.


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Louis van Gaal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan