Avram Grant Dilantik Jurulatih Ghana

Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS jurulatih Chelsea, Avram Grant telah dilantik sebagai jurulatih baharu skuad Ghana menurut Persekutuan Bola Sepak Ghana (GFA).

"Segala masalah berbangkit dengan Grant telah diselesaikan dan kami percaya dia merupakan individu tepat yang dilantik ke jawatan tersebut," kata Presiden GFA, Kwesi Nyantakyi (gambar) kepada pemberita ketika membuat pengumuman mengenai pelantikan individu dari Israel itu.



Nyantakyi memberitahu, Ghana mempunyai sasaran jauh untuk skuad Black Stars khususnya dalam saingan Piala Negara-negara Afrika.

"Grant perlukan masa untuk menganalisis pemain. Oleh itu kita tidak boleh memintanya untuk menang dalam Piala Negara-negara Afrika tahun depan tetapi kita mahukan untuk selepas itu (2017)," katanya.

Grant mula dikenali selepas dia mengambil alih peranan yang ditinggalkan Jose Mourinho di Chelsea sebelum dipecat.

Dia juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah bola sepak di Chelsea ketika Mourinho mengendali kelab itu.

Tags / Kata Kunci: Ghana , Avram Grant

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan