Pemain Man United Dikerah Jalani Latihan Intensif Selepas Menang - Bola Sepak | mStar

Pemain Man United Dikerah Jalani Latihan Intensif Selepas Menang

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Manchester United telah dikerah menjalani latihan intensif pada Ahad walaupun berjaya menewaskan Arsenal 2-1 pada Sabtu, menurut Juan Mata.

Walaupun dilaporkan gembira dengan persembahan anak didiknya, namun Van Gaal enggan skuadnya menerima padah selepas kemenangan tersebut.

Mata yang tidak beraksi di Stadium Emirates telah menulis di blognya dengan berkata," ia adalah Ahad yang tenang selepas menang pada Sabtu.



"Kami ada sesi latihan intensif dan sesi mengkaji semula kelemahan perlawanan di London.

"Sekarang kami sedang perbaiki untuk dua perlawanan seterusnya di Old Trafford."

Pemain Sepanyol itu turut menyatakan bahawa United bertuah apabila dapat memenangi perlawanan itu selain David De Gea telah menjadi hero pasukan.

De Gea telah menyelamatkan lapan percubaan bahaya dengan lima pada babak pertama bagi memastikan kemenangan berpihak kepada United.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan