Penjuru Padang Stadium Nasional Kurang Dapat Cahaya Matahari - Saravanan

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 10:01 PM

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin memeriksa keadaan padang sebelum proses membaik pulih tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan penjuru padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang mendapat cahaya matahari menyebabkan pertumbuhan rumput menjadi perlahan dan terbantut, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M.Saravanan berkata tempoh matang untuk pertumbuhan rumput itu adalah kira-kira enam bulan namun kerana kurangnya cahaya, akar rumput masih lagi pendek.

"Langkah yang diambil adalah dengan membeli tiga unit 'grow light' di kawasan tersebut untuk pertumbuhan rumput. Untuk makluman, rumput yang ditanam adalah sesuai dengan iklim Thailand yang menggunakan rumput yang sama," katanya.

Saravanan berkata demikian ketika menggulung Rang Udang-Undang Perbekalan 2015 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2015 peringkat kementeriannya.

Beliau menjawab pertanyaan beberapa anggota Parlimen yang ingin tahu status projek membaik pulih padang stadium tersebut serta penggantian rumput baharu.

Sebelum ini dilaporkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim(JDT) pada 1 November lalu.

Tags / Kata Kunci: Stadium nasional bukit jalil

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan