Pengurus Liverpool Akui Berjuang Untuk Selamatkan Kedudukan

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 1:24 PM

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kini mengakui bergelut untuk menyelamatkan jawatannya.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers mengakui yang dia kini sedang berjuang untuk menyelamatkan jawatannya selepas kelab itu tersungkur 1-3 di tangan Crystal Palace dalam perlawanan liga pada Ahad.

Ia adalah kekalahan yang keenam Liverpool musim ini sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-12 liga.

Rodgers juga mendedahkan yang dia telah mengadakan pertemuan dengan pemilik Liverpool, berhubung kejatuhan prestasi pasukannya yang turut menyaksikan mereka ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Liverpool telah dikritik hebat oleh media-media massa England khususnya daripada bekas pemain, Jamie Carragher yang melabelkan bekas pasukannya itu sebagai lemah bukan sahaja dari segi mental tetapi juga fizikal serta tiada daya kepimpinan.

"Saya bukan angkuh untuk tidak mengakui yang kedudukan saya selamat. Semua pengurus akan berkata, untuk selamat mereka harus menang perlawanan...itu saja," ujar Rodgers.

Dalam perlawanan menentang Palace, Liverpool mendahului sepantas minit kedua perlawanan menerusi jaringan penyerang England, Rickie Lambert.

Dwight Gayle, yang menjaringkan dua gol ketika Palace seri 3-3 dengan Liverpool musim lalu sekali lagi membuktikan yang dia menjadi duri dalam daging dengan menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Joe Ledley kemudiannya meletakkan Palace di hadapan dengan gol kedua selepas itu kapten mereka, Mile Jedinak menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma yang sensasi.

"Liverpool bukannya ditewaskan oleh kualiti tetapi mereka dibuli dan mereka dikalahkan oleh sebuah pasukan yang turun dengan semangat untuk menang," kata Carragher.

Masalah yang sedang dihadapi oleh Rodgers mungkin akan bertambah apabila mereka akan turun dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini berhadapan dengan juara Bulgaria, Ludogorets dan selepas itu dijadualkan menentang Stoke City di tempat sendiri.

Rodgers harus mencari jawapan untuk menang di Anfield menentang Stoke.

Pengurus Liverpool itu mengakui selepas pemergian Luis Suarez ke Barcelona, pasukannya perlu membuat penyesuaian semula dengan kedatangan pemain-pemain baru tetapi menegaskan yang fasa tersebut harus berakhir dan mereka harus bermain sebagai satu pasukan semula.

Rodgers juga menjawab pertanyaan mengenai Mario Balotelli yang dilihat berlegar di Liverpool Arena untuk menyaksikan perlawanan tinju Sabtu lalu.

"Dia kembali dari perlawanan antarabangsa dengan sedikit masalah kecederaan. Dia bebas untuk berada di mana sahaja asalkan tidak terlalu lewat dan yang penting dia hadir pada sesi rawatan," tegas Rodgers.


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan