Piala AFF Suzuki: Malaysia-Myanmar Sekadar Seri, Raih Satu Mata

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 3:34 AM

Pemain Malaysia, Kunanlan Subramaniam,16 cuba mengambil bola dari dirampas pemain Myanmar pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar di Singapura, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia mempamerkan aksi mengecewakan selepas seri tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, di sini, Ahad.

Keputusan berkenaan menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata. Keadaan hujan sebelum perlawanan nyata tidak menganggu rentak kedua-dua pasukan dan mereka saling berbalas serangan sebaik sahaja pengadil, Kurbanov Charymurat dari Turkmenistan meniupkan wisel permainan.

Malaysia seharusnya berada di hadapan seawal minit kelima, namun jaringan Mohd Amri Yahyah hasil hantaran rakan sepasukan, dibatalkan oleh Kurbanov selepas penyerang Johor Darul Ta'zim itu dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.

Skuad negara kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-34 selepas pemain tengah, Gary Steven Robbar diperintahkan keluar padang oleh Kurbanov kerana mengutip kad kuning kedua.

Kekurangan seorang pemain bagaimanapun gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera serangan Myanmar bagi mencari gol pendahuluan dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhirnya separuh masa perlawanan. 

Bersambung babak kedua, Myanmar dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kubu Malaysia namun dipatahkan oleh barisan pertahanan negara diketuai pemain veteran, Muhammad Shukor Adan.

Penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat menjadi wira negara selepas banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pasukan Myanmar yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong setia mereka yang menyaksikan perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pendahuluan namun keputusan seri 0-0 kekal sehingga berakhirnya perlawanan itu.

Tuan rumah bersama, Singapura yang merupakan juara bertahan, bakal memulakan kempen mereka berdepan juara tiga kali, Thailand di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, lewat Ahad.

Pada aksi kedua kumpulan Rabu ini, Malaysia akan menentang Thailand di venue yang sama manakala Myanmar menghadapi tugas getir berdepan Singapura pada aksi kedua kumpulan di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan