Piala AFF Suzuki: Kutip Mata Penuh Atau Balik Awal - Dollah

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak ada pilihan lagi selain perlu mengumpul mata penuh ke atas pasukan Thailand dan Singapura dalam baki perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki.

Selepas mempamerkan aksi hambar seri tanpa jaringan pada pertemuan pembukaan peringkat kumpulan bertemu Myanmar di Singapura pada Ahad, tiada lagi alasan untuk seri atau kalah buat pasukan Dollah Salleh ini.

Berdasarkan rekod perlawanan sebelum ini, bertemu pasukan Singapura dan Thailand bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah hakikat yang perlu ditempuhi.

Pada aksi menentang Myanmar itu, Dollah agak bengang dengan beberapa keputusan berat sebelah oleh pengadil dari Turkmenistan, namun secara keseluruhan dia berpuas hati dengan prestasi semua pemain.

Katanya bermain dengan sepuluh orang bukan mudah selepas pemain tengah Gary Steven Robbat diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada babak pertama.

"Pada perlawanan selepas ini pemain-pemain perlu menang mengutip mata atau boleh menempah tiket balik ke tanah air lebih awal.

"Saya akui cabaran lebih sukar sedang menunggu, tetapi itu bukan alasan untuk pemain-pemain melipat ganda usaha mereka," jelasnya yang bakal menggunakan resepi berbeza pada pertemuan dengan Thailand Rabu ini.

Singapura tuan rumah bagi Kumpulan B, merangkul gelaran keempat dua tahun lalu dengan mengalahkan juara tiga kali Thailand menerusi agregat 3-2 di pentas akhir.

Sebagai rekod, Singapura menjuarai kejohanan ini pada tahun 1998, 2004, 2007, 2012, manakala Thailand muncul juara 1996, 2000, 2002.

Manakala Malaysia yang muncul juara pada tahun 2010 tewas kepada Singapura 0-3 pada saingan peringkat kumpulan dan tersingkir di peringkat suku akhir dengan agregat 1-3 pada saingan 2012.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan