Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada Chin Aun

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 6:51 PM

Chin Aun (kiri) berkongsi pengalaman bersama pemain Harimau Malaya pada majlis di ibu negara baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun yang diabadikan dalam 'Hall of Fame' Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

'Tahniah Dato Soh Chin Aun, Malaysia bangga dengan anda," tweet Tengku Abdullah, yang juga Tengku Mahkota Pahang.

Chin Aun, 65, juga dikenali sebagai 'Towkay', mengemudi barisan pertahanan negara bersama Datuk Santokh Singh pada era kegemilangan negara pada tahun 70-an hingga awal 80-an.

Pemain berasal dari Alor Gajah, Melaka itu merupakan rakan seangkatan Allahyarhaman Datuk Mokhtar Dahari dan mendiang R. Arumugam.

Chin Aun menikmati karier sebagai pemain yang berjaya selama dua dekad dan kemudian mencurahkan khidmatnya dalam dunia bola sepak dalam pelbagai kapasiti.

Pada 1971, Chin Aun yang baru berusia 21 tahun menjadi ketua pasukan termuda dalam kelayakan Sukan Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan dan merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Munich 1972.

Beliau juga menjadi ketua pasukan semasa pusingan kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Chin Aun mewakili Persatuan Bola Sepak Selangor (Selangor FA) pada peringkat kelab dari 1970 hingga 1980 sebelum berpindah ke Melaka FA dari 1981 hingga 1983 sebelum mengumumkan persaraannya daripada aktiviti bola sepak pada 1985.

Selain Chin Aun, legenda lain yang diabadikan oleh AFC ialah Homayoun Behzadi (Iran), Yasuhiko Okudera (Jepun), Sun Wen (China), Hong Myung-bo (Korea Selatan), Ali Daei (Iran), Sami Al Jaber (Arab Saudi), Baichung Bhutia (India), Harry Kewell (Australia).

Homare Sawa, yang menjadi ketua pasukan skuad wanita Jepun, 'Nadeshiko Japan', yang menjulang Piala Dunia FIFA pada 2011 di Jerman, turut diberi penghormatan ole AFC dalam Hall of Fame AFC.

AFC mengumumkan senarai penuh peserta dalam Hall of Fame, Jumaat lepas.

Tags / Kata Kunci: Chin Aun , Tengku Abdullah , AFC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan