Lionel Messi Pecah Rekod Baharu Jaringan La Liga Sepanyol - Bola Sepak | mStar

Lionel Messi Pecah Rekod Baharu Jaringan La Liga Sepanyol

Diterbitkan: Ahad, 23 November 2014 12:10 PM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA: Lionel Messi mencatat rekod baharu sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga Sepanyol selepas menyumbang hatrik untuk Barcelona menentang Sevilla pada awal pagi Ahad.

Kejayaan Messi itu memecahkan rekod yang dipegang sebelum ini oleh Telmo Zarra selama 59 tahun iaitu sebanyak 251 gol sebagai penjaring terbanyak La Liga.

Messi membuka jaringan pada minit ke-21 untuk menyamai pencapaian Zarra sebelum mengatasi rekod itu pada minit ke-72 menjadikan bilangan gol yang dijaringkan ialah sebanyak 252 dalam 289 penampilan.

Pemain Argentina itu kemudian meneruskan hatrik ketika perlawanan berbaki 12 minit menjadikan jumlah jaringan yang direkodkannya sebanyak 253 gol.


Rekod penjaring terbanyak La Liga Sepanyol:

Lionel Messi - 253 (289 perlawanan)

Telmo Zarra - 251 (277 perlawanan)

Hugo Sánchez - 234 (347 perlawanan)

Raúl - 228 (550 perlawanan)

Alfredo Di Stéfano - 227 (329 perlawanan)

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , La Liga Sepanyol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan