Harimau Muda A Kembali Dalam Saingan Liga Super Musim Depan

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Skuad Harimau Muda A (Bawah 23) akan kembali mewarnai saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan selepas kali pertama menyertai liga berkenaan pada 2012.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan permintaan berkenaan dibuat sendiri oleh pengendali skuad berkenaan, Datuk Ong Kim Swee bagi memastikan pemain kekal cergas untuk menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura nanti.

Beliau berkata, Ong turut meminta supaya mereka dibenarkan beraksi di salah sebuah stadium di Singapura sebagai venue tuan rumah namun terpaksa ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memandangkan beberapa stadium di negara berkenaan kini sedang dinaik taraf.
 
"Jadi, kita mungkin akan kekal beraksi sama ada Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang di Johor Baharu atau Kuala Lumpur dan FAS bersetuju dengan perkara itu, namun kita belum membuat keputusan muktamad," kata Hamidin kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda A menyertai Liga Perdana Queensland di Australia, musim ini bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang berakhir Oktober lepas.

"Skuad ini (Harimau Muda A) akan beraksi dalam dua perlawanan awal Liga-S sebelum berehat seketika bagi menyertai pusingan kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 (B-22) 2016," katanya.

Hamidin menjelaskan, Ong akan kekal mengendalikan skuad tersebut bagi saingan Liga-S dan Sukan SEA 2015 bersama Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah selaku pengurus pasukan.

Beliau berkata, pengendali skuad Harimau Muda B (B-21), Razip Ismail akan mengendalikan skuad negara ke saingan pusingan kelayakan Piala AFC B-22 bersama Naib Presiden FAM, Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai pengurus pasukan.
 
"Ada cadangan supaya skuad B-21 dan B-23 negara digabungkan untuk kejohanan kelayakan itu tetapi kita akan putuskan perkara ini dalam mesyuarat minggu depan," kata Hamidin.

Undian bagi pusingan kelayakan Piala Asia B-22 2016 dijangka diadakan pada bulan depan oleh AFC.
 
Dalam perkembangan berasingan, Hamidin mengingatkan mana-mana pemain skuad Harimau Muda A yang sudah tamat kontrak bersama FAM supaya kembali semula ke negeri kelahiran masing-masing.

Beliau menjelaskan, mana-mana negeri atau kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain skuad itu yang dilepaskan oleh FAM perlu berunding dengan pasukan kelahiran pemain tersebut terlebih dahulu.
 
"Sekiranya kedua-dua pihak gagal menyelesaikan masalah tersebut, Jawatankuasa Status Pemain akan bersidang untuk menentukan status pemain berkenaan.
 
"Kita akan keluarkan senarai pemain skuad Harimau Muda A yang sudah tamat kontrak pada minggu depan tetapi saya harap semuanya berjalan lancar," jelas Hamidin.
Tags / Kata Kunci: Harimau Muda A , Liga Super

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan