Dollah Tempuh Detik Sukar Pada Saingan Piala AFF Suzuki 2014

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 8:29 PM

Dollah Salleh.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang bermula hari ini dengan aksi kumpulan A di Vietnam bakal menjadi medan pertarungan bagi lapan pasukan memburu kejuaraan bola sepak terunggul rantau Asia Tenggara ini.

Malaysia, yang muncul juara pada 2010, berdepan laluan penuh ranjau selepas diundi bersama Myanmar, juara tiga kali, Thailand, serta tuan rumah bersama, Singapura dalam saingan kumpulan B yang diadakan di dua venue berbeza iaitu Stadium Jalan Besar dan Stadium Nasional di Singapore Sports Hub.

Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh memulakan cabaran menentang Myanmar, esok diikuti pertemuan menentang Thailand, selang tiga hari kemudian (26 November) dan kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar.

Malaysia akan menamatkan aksi pusingan awal menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 November ini.

Ramai pemerhati serta peminat bola sepak negara meragui kemampuan skuad Harimau Malaya untuk sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan selepas mempamerkan aksi buruk dalam beberapa perlawanan persahabatan.


Skuad Harimau Malaya hanya menang sekali daripada lima pertemuan iaitu 4-1 ke atas Kemboja 14 Ogos lepas di Stadium Shah Alam.

Empat kekalahan yang dicatatkan adalah menentang Tajikistan (4-1); Indonesia (2-0); skuad Bawah 23 (B-23) Syria (3-0) selain diaibkan Vietnam dengan keputusan 3-1 di tempat lawan, baru-baru ini.

Keputusan berkenaan jelas membimbangkan peminat bola sepak tempatan yang begitu dahagakan kejayaan selepas kali terakhir Malaysia muncul juara pada 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini dipetik sebagai berkata, baginda turut melahirkan kebimbangan mengenai persembahan ala yo-yo skuad negara tapi masih menaruh harapan mereka akan bangkit semula pada kejohanan kali ini.

Kehilangan dua tonggak utama akibat kecederaan iaitu pemain sayap, R. Gopinathan daripada pasukan Pahang selain pertahanan kanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak jelas menambah perit kepada Dollah yang mempunyai pilihan pemain yang agak terhad.

Dollah, yang ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan hari ini, mengambil pendirian positif untuk terus kekal fokus mempersiapkan pasukan menghadapi saingan getir pada kali ini.

"Saya baru sahaja mengambil pasukan ini hampir empat bulan...jadi saya harap peminat dapat bersabar kerana kita hanya mempunyai masa yang agak singkat untuk mempersiapkan pasukan.
 
"Saya harap peminat dapat terus memberikan sokongan moral kepada para pemain supaya mereka dapat mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan kali ini," jelas Dollah.

Singapura dan Thailand pula dikatakan dua calon pilihan daripada kumpulan B untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir berdasarkan persembahan cemerlang dalam beberapa aksi persahabatan, sebelum ini.

Thailand, yang berada pada ranking ke-165 dunia, misalannya, melakar kejutan selepas menundukkan New Zealand yang berada pada kedudukan ke-131 dunia dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri, 18 November lepas manakala Singapura mencatat dua kemenangan berturut-turut iaitu 2-0 ke atas Laos (13 November) dan 4-2 ke atas Kemboja, empat hari kemudian.

Singapura muncul juara kejohanan terbanyak, iaitu empat kali pada 1998, 2004, 2007 dan 2012 diikuti Thailand sebanyak tiga kali pada 1996, 2000 dan 2002.

Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , Dollah Salleh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan