Lagi Pemain Man United Cedera, Di Maria Dikasari Nani

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN yang memecah rekod pemindahan Liga Perdana Inggeris, Angel Di Maria dikhuatiri berdepan kecederaan serius yang bakal membebankan pengendali Manchester United, Louis van Gaal.

Di Maria terpaksa diusung keluar untuk menerima imbasan x selepas dikasari oleh rakan sepasukan di United iaitu Nani yang dipinjamkan ke Sporting Lisbon bagi musim ini.

Kekasaran itu berlaku ketika Di Maria menyarung jersi Argentina manakala Nani mewakili Portugal dalam perlawanan persahabatan  di Old Traford.

Dalam aksi yang turut menampilkan dua bintang dunia iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo itu, keputusan memihak kepada Portugal menerusi kemenangan tipis 1-0.



Pengendali skuad Argentina, Gerardo Martino bagaimanapun menganggap kecederaan Di Maria tidak serius dan pemain bernilai £59.7 juta itu masih boleh bermain seperti biasa untuk United.

"Kami tidak fikir sesuatu yang serius telah berlaku. Ia satu bentesan keras dan kasar yang  menyebabkan luka pada kulit.

"Kami telah lihat dan memeriksa sepenuhnya, juga meneliti imbasan x. Tiada apa yang serius dikesan setakat ini," jelasnya.

Van Gaal kini berdepan masalah kecederaan sebahagian besar pemain United tatkala pasukan itu bakal berdepan Arsenal pada bulan ini.

Dalam perlawanan antarabangsa yang berlangsung setakat ini, tiga pemain United iaitu David De Gea, Daley Blind dan Di Maria dilaporkan mengalami kecederaan.

Tags / Kata Kunci: Argentina , Manchester United , Portugal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan