Ballon d'Or: Neuer Akui Sukar Menang Tanpa Gaya Separuh Bogel

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 9:48 AM

Manuel Neuer

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Jerman, Manuel Neuer yakin Cristiano Ronaldo akan menang anugerah Ballon d'Or tahun ini berdasarkan penampilannya.

Pemain pasukan juara dunia ini yang turut dicalonkan dalam anugerah tersebut berkata, peluangnya untuk menang agak tipis kerana bintang Real Madrid itu lebih mendapat perhatian.

Katanya, Ronaldo lebih suka gaya hidup di karpet merah dan tidak kisah untuk tampil separuh bogel.

"Saya ahli sukan, bukan duta kepada sesuatu jenama. Selain menjadi penjaga gol pertama memakai jenama Adidas, saya bukan seperti orang lain yang bergaya hanya dengan seluar dalam.

"Saya tidak suka karpet merah. Saya lebih suka padang hijau yang membuatkan saya berasa tenang," katanya,

Jika Neuer memenangi anugerah ini, dia bakal menjadi penjaga gol pertama selepas tahun 1963 yang dirangkul oleh penjaga gol Rusia Lev Yashin.

"Selepas perlawanan, apa yang menjadi perhatian ialah bagaimana gol itu dijaringkan.

"Penonton tidak ambil peduli bagaimana penjaga gol menghalang bola daripada memasuki gol," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan