Saya Risau Prestasi Skuad Harimau Malaya - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 11:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan kebimbangan baginda terhadap prestasi merosot skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Tengku Abdullah bertitah banginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bimbingan Dollah Salleh yang hanya mempunyai masa seminggu sahaja untuk menjelmakan kekuatan sebenar menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura bermula 23 November ini.

"Saya sangat risau dengan prestasi skuad negara. Saya berharap mereka (skuad Harimau Malaya) akan bangkit pada Piala AFF Suzuki nanti. Hanya pemain dan jurulatih sahaja yang boleh menentukan kejayaan pasukan.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Hakikatnya saya mahu mereka bangkit dan menang," titah baginda pada sidang media sempena majlis penyampaian cek daripada Bank Islam Berhad (Bank Islam) kepada FAM di di sini, Isnin.

Skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi merosot apabila kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF Suzuki.

Pasukan kebangsaan kalah 4-1 kepada Tajikistan di Stadium Central Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos selain kecundang 2-0 kepada Indonesia pada 14 September lepas di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia.

Skuad turut diaibkan dengan kekalahan 3-0 kepada skuad Bawah 23 (B-23) Syria di Stadium Shah Alam, Rabu lepas dan semalam tewas 3-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Malaysia hanya mencatatkan satu kemenangan iaitu mengalahkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam pada 20 September lepas.

Berikutan kekalahan demi kekalahan itu, Tengku Abdullah dalam ucapannya menyeru semua pemain perlu bangkit semula menaikkan nama negara di peringkat Asean.

Dalam majlis itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Zukri Samat menyerahkan tajaan berjumlah RM2.35 juta kepada Tengku Abdullah bagi menyokong pembangunan bola sepak negara.

Sumbangan itu adalah hasil usaha sama kad jenama iaitu 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau' yang telah dilancarkan pada Mei 2013 untuk peminat bola sepak kebangsaan.

Sehingga bulan lepas, kira-kira 800,000 pelanggan Bank Islam telah menjadi ahli 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau'. Jumlah tajaan tersebut adalah sebahagian daripada yuran tahunan dan 0.3 peratus daripada transaksi runcit pelanggan kad debit itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan