David De Gea Terseliuh Jari, Perlu Direhatkan Empat Minggu

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA GOL Manchester United, David De Gea terpaksa direhatkan selama empat minggu selepas jarinya terseliuh ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Sepanyol menjelang saingan antarabangsa.

Kecederaan De Gea disahkan oleh doktor yang merawatnya pada Jumaat, namun tidak didedahkan adakah dia boleh pulang ke Manchester.

Kecederaan itu turut memberi tekanan kepada pengendali United, Louis van Gaal.

De Gea walks off the pitch in Huelva on Friday after injuring himself during the session

Penjaga gol berusia 24 tahun itu terseliuh jari tangan kanan ketika cuba menyelamatkan cubaan Paco Alcacer semasa sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan antara Sepanyol menentang Belarus di Huelva pada Sabtu.

Dia kelihatan meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan itu ketika pemain lain masih meneruskan latihan seperti biasa.

Berikutan kecederaan itu, De Gea juga akan terlepas perlawanan persahabatan dengan Jerman pada minggu depan.

Selain De Gea, Sepanyol turut kehilangan pemain tengah Cesc Fabregas yang mengalami masalah hamstring.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , David De Gea , Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan