Courtois Saran Cech Tinggalkan Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

THIBAUT COURTOIS berpendapat Petr Cech perlu meninggalkan Chelsea dan mengakui bahawa dia juga akan bertindak demikian sekiranya tidak lagi menjadi pilihan utama kelab tersebut.

Courtois kini mengetepikan penjaga gol utama skuad kebangsaan Czech itu daripada kesebelasan utama Chelsea untuk musim ini.

Berikutan itu, penjaga gol dari Belgium terbabit menyarankan Cech melihat semula masa depannya di Stamford Bridge.



Jelasnya, saranan itu diberikan supaya Cech dapat bergembira kerana tidak hanya memanaskan bangku simpanan.

"Sebagai penjaga gol, anda pasti mahu bermain.

"Jika saya berada dalam situasi itu dan tidak dapat bermain, saya juga akan keluar.

"Saya rasa Petr masih seorang penjaga gol berkualiti dan antara yang terbaik di Chelsea," kata Courtois.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Courtois

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan