Pulau Pinang Dapat Sentuhan Ala Brazil

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:15 AM

Jackson Ferreira Tiago

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Skuad Pulau Pinang akan mendapat sentuhan ala Brazil apabila dua jurulatih dari negara itu dilantik untuk membantu menggalas cabaran skuad itu pada saingan Liga Perdana musim depan.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari mengumumkan jurulatih baharu tersebut iaitu Jackson Ferreira Tiago dan dibantu rakan senegara Amilton Da Silva Oliveira.

Selain itu, Tiago akan dibantu oleh Manzoor Azwira Abd Wahid dan Mohd Hisham Jainuddin sebagai jurulatih penjaga gol, kata Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff ketika mengumumkan skuad penuh 24 pemain dan empat jurulatih pada sidang media di sini.

Selain barisan jurulatih, FAP telah menamakan dua pemain import baharu dari Brazil iaitu Reinaldo Rodrigues De Oliveira Lobo dan Alberto Concalus Da Costa serta mengekalkan dua pemain import iaitu Lee Gil Hoon (Korea Selatan) dan Hilton Mauro Moreira dari Brazil.

FAP juga menamakan 12 muka baharu and antaranya Mohd Syukur Saidin (SimeDarby); Sani Anuar Kamsani (Sarawak); Mohd Azrul Ahmad (ATM); See Kok Luen (JDTII); Mohd Farid Ramli (Sime Darby); Mafry Balang (Sarawak); Mohd Remezy Che Ros (PKNS); dan Mohd Failee Mohamad Ghazali (Sime Darby).

Nazir Ariff berkata senarai baharu itu memperlihatkan 80 peratus pemain adalah anak Pulau Pinang dan diharap dapat melonjak semangat juang pasukan,seterusnya melayakkan ke Liga Super pada musim 2016.

Katanya, beliau mahu anak buahnya mencontohi gerak lincah pemain Brazil yang lebih cekap dan tidak terikat dengan corak permainan lama menjelang aksi pertama 16 Januari depan.

"Jika dilihat senarai pasukan ini, ia sudah pun berada pada tahap Liga Super kerana itu kami yakin mampu menjadi pendahulu Liga Perdana musim depan,"katanya.

Pada musim ini, Pulau Pinang menamatkan cabaran di tempat ketiga dalam persaingan Liga Perdana serta tersingkir di peringkat kumpulan Piala Malaysia yang membariskan Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan dan ATM.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan