Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Peter Rajah Meninggal Dunia - Bola Sepak | mStar

Bekas Penjaga Gol Kebangsaan Peter Rajah Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 9:10 AM

Peter bersama isterinya, Tracie Gom.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Bekas penjaga gol kebangsaan Peter Rajah meninggal dunia pada 6.16 pagi Jumaat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) kerana penyakit jantung.

Pengerusi Lembaga Sukan Sabah Datuk Louis Rampas berkata mendiang Peter, 63,dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira 6 pagi, Rabu lalu selepas mengadu sakit.

Mendiang kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HDOK dan berada dalam keadaan koma sejak dua hari lepas.

Menurut Louis sebelum ini, mendiang sering menerima rawatan susulan dihospital berkenaan akibat masalah jantung.

Beliau berkata mendiang sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Kompleks SukanSandakan meninggalkan seorang isteri, Tracie Gom serta tiga orang anak.

Katanya mendiang bersama-sama Hassan Sani dan James Wong pada awal 80-an mewarnai sukan bola sepak Sabah dan kebangsaan.  

Tags / Kata Kunci: Peter Rajah , bola sepak , penjaga gol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan