Felda Mahu Tukar Beberapa Pemain Pasukan Felda United

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:49 PM

Tan Sri Mohd Isa Abd Samad

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Felda merancang untuk menukar beberapa orang pemain dalam pasukan Felda United sebagai salah satu langkah untuk memantapkan pasukan The Fighters.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata pihaknya akan menilai beberapa pemain baru untuk diserap masuk ke dalam pasukan itu.

"Ia adalah salah satu usaha, melakukan pembaharuan agar pasukan lebih baik daripada sekarang.

"Sekiranya mereka berpotensi tidak ada masalah untuk menyerap mereka dalam Felda United. Tidak ada salah, sekiranya usaha tersebut mampu menaikkan pretasi pasukan agar mendapat tempat yang lebih baik dalam sukan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan kepada pelajar Diploma di Politeknik Sesi November 2014/2015 di sini Jumaat.

Dalam majlis itu, seramai 83 pelajar politeknik yang berasal dari Jempol mendapat pinjaman berkenaan.

Sementara itu, Mohd Isa berkata kakitangan Felda sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan sekiranya berlaku banjir.

"Lokasi banjir sudah dikenal pasti antaranya di Felda Palong dan Felda Sungai Kelamah, Gemas. 

Felda juga sudah mempunyai bekalan bantuan yang mencukupi untuk mangsa banjir antaranya bekalan makanan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan