Anderson Sedia Tinggalkan United, Pulang Ke Brazil

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United, Anderson bakal kembali beraksi di negara sendiri iaitu Brazil jika tidak ditawarkan kontrak baharu sehingga Jun tahun depan.

Kontrak Anderson bersama United bakal tamat pada Jun dan kini dia tidak lagi menjadi pemain pilihan Louis van Gaal akibat kecederaan jangka masa panjang.

Berikutan itu kelab Brazil, Gremio dilaporkan sedia memulihkan karier pemain berusia 26 tahun itu.

Sebelum ini, Flamengo dilapor ingin mendapatkan Anderson, namun tidak bersetuju dengan yuran pemindahan yang dikenakan United.

Anderson berhijrah ke United dari Porto dengan yuran pemindahan sebanyak £27 juta pada 2007.



Ketika ditemubual oleh stesen radio Brazil, Anderson berkata, Gremio merupakan kelab pilihannya jika tidak dapat kekal bersama United.

"Gremio sebuah kelab yang sentiasa saya sokong - semua orang tahu. Jika bermain di situ, saya dapat bersama keluarga.

"Saya telah bercakap dengan mereka tetapi belum mendapat sebarang tawaran sehingga kini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Anderson

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan