Shukor Kapten Skuad Harimau Malaya Piala AFF Suzuki 2014?

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 9:07 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain kebangsaan Shukor Adan mungkin diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai kapten pasukan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2014 pada 23 November di Singapura.

Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata beliau tidak menolak kemungkinan memilih Shukor sebagai kapten pasukan berikutan Safiq Rahim yang lazimnya memikul tanggungjawab itu, dijangka tidak dapat sertai pasukan berikutan masalah kecederaan pada ligamen lutut kanan.

Dollah berkata pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Syria esok, Shukor akan menggalas tanggungjawab itu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

"Mungkin beliau (Shukor) akan jadi kapten pasukan untuk Piala AFF tahun ini. Kesebelasan utama yang akan diturunkan esok menentang Syria juga mungkin pemain pilihan utama bagi saingan Piala AFF Suzuki nanti," katanya.

Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Syria di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Isnin.

Sementara itu, Shukor berkata setelah enam tahun tidak beraksi dalam skuad kebangsaan, beliau sangat teruja dipanggil semula serta menyahut cabaran itu untuk membuktikan kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan.

"Satu penghargaan dipanggil semula dalam skuad negara selepas enam tahun lalu, saya harus membalas jasa dan budi jurulatih (Dollah). Walaupun mungkin ada pertikai tentang usia saya namun saya ambil itu sebagai cabaran.

Bagi saya skuad kali ini mereka pernah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010, jadi bagi saya mereka senior saya dan berpengalaman dari saya," kata pemain berusia 35 tahun itu.

Mengulas perlawanan antarabangsa menentang Syria esok dan Vietnam pada Ahad ini, Shukor berkata kedua-dua perlawanan itu penting untuk mendapatkan keserasian pemain sebelum beraksi pada Piala AFF Suzuki di Singapura nanti.

"Kami dapat dikumpulkan seminggu, jadi pada perlawanan Syria dan Vietnam nanti pasukan perlu menunjukkan perlawanan sebenar dan yang paling penting untuk mendapatkan keserasian sepasukan," katanya.

Kali terakhir Shukor menyarung jersi Harimau Malaya ialah ketika kelayakan Piala Asia 2009 di bawah kendalian jurulatih B. Sathiananthan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan