Sah: David Moyes Dilantik Pengurus Baru Real Sociedad

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 8:06 AM

David Moyes yang hanya mampu bertahan 10 bulan di Manchester United kini diberi kontrak 18 bulan untuk mengemudi kelab La Liga, Real Sociedad.

(Ubah saiz teks)

> Moyes adalah bekas pengurus Manchester United

> Dilantik atas pilihan Sir Alex Ferguson

> Sebelum ke United Moyes mengurus Everton selama 11 musim

> Malangnya dia hanya bertahan tidak sampai semusim bersama United

> Kini diberi kontrak 18 bulan oleh Sociedad

> Kelab itu kini di tangga ke-15 La Liga

BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.

Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.

Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan.

Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini.

Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu.

Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu.

Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol.

Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.

Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini.

LIMA PERLAWANAN AKAN DATANG SOCIEDAD:

22 November - Deportivo La Coruna

30 November - Elche

4 Disember - Real Oviedo

7 Disember - Villarreal

14 Disember - Athletic Bilbao 


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan