Gol Tunggal Mata Beri Kemenangan Penting United - Bola Sepak | mStar

Gol Tunggal Mata Beri Kemenangan Penting United

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUAN Mata memberi tiga mata penting untuk Manchester United dengan menewaskan Crystal Palace 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Mata menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 selepas babak pertama perlawanan kedua-dua pasukan gagal mencuri sebarang gol.

Pemain Sepanyol itu dimasukkan pada minit ke-63 mengganti Adnan Januzaj.

Palace gagal manfaatkan peluang keemasan pada separuh masa pertama melalui Fraizer Campbell selepas berjaya menggelecek dua pemain United, Paddy McNair dan Daley Blind, namun tendangannya tersasar.

Anak buah Louis van Gaal mendominasi perlawanan ini, namun mereka sukar mencari rentak serangan terbaik.

"Pada separuh masa pertama kami hanya diberi satu ancaman dari pihak lawan apabila McNair dan Blind tidak berkomunikasi dengan baik.

"Selain daripada itu, kami menguasai permainan dan mencipta banyak peluang gol.

"Rooney juga ada peluang untuk menjaringkan gol, dan Mata berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Kami berjaya mengutip tiga mata penting kali ini," jelas Van Gaal.

Kemenangan keempat musim ini bagi United sekaligus membawa mereka ke kedudukan ke-6 liga dengan mengumpul 16 mata bagi 11 perlawanan.



SENARAI PEMAIN

Man Utd: De Gea, Valencia, Carrick, McNair, Shaw, Blind, Januzaj, Fellaini, Rooney, Di Maria, Van Persie.(simpanan) Mata, Lindegaard, Ander Herrera, Fletcher, Vermijl, Blackett, Wilson.

Crystal Palace: Speroni, Mariappa, Dann, Delaney, Ward, Puncheon, McArthur, Ledley, Bolasie, Chamakh, Campbell. (Simpanan) McCarthy, Doyle, Hennessey, Gayle, Fryers, Bannan, Kelly.

Pengadil:  Chris Foy.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan