Chelsea Lebar Rekod Tanpa Kalah, Tewaskan The Reds 2-1 - Bola Sepak | mStar

Chelsea Lebar Rekod Tanpa Kalah, Tewaskan The Reds 2-1

Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 10:41 AM

Costa (19) menjaringkan gol kedua Chelsea ketika bertemu Liverpool Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

CHELSEA mengukuhkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan awal pada minit ke-9 permainan menerusi usaha Emre Can.

Namun anak buah Jose Mourinho yang tekad untuk mengutip mata penuh di Anfield tidak panik dengan jaringan awal itu.

Lima minit kemudian Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan.

Sementara itu, pada babak kedua permainan, Diego Costa muncul sebagai penjaring kedua Chelsea pada minit ke-67.

Peluang The Reds untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-87 apabila sepakan Steven Gerrrard terkena tangan Cahill, namun pengadil Anthony Taylor tidak memberikan sepakan penalti.

"Ia sesuatu yang mengecewakan kami kerana jelas sekali bola terkena tangan Cahill, malah pengadil juga nampak insiden itu.

"Pemain-pemain saya sudah memberi yang terbaik dan mereka layak diberikan sepakan penalti itu.

"Ini situasi yang sukar buat kami apabila gagal meraih keputusan baik," pengurus Liverpool Brendan Rodgers.

Dengan kemenangan ini, Chelsea mencatat rekod tanpa kalah 11 perlawanan dengan 29 mata sekaligus menyamai rekod musim 2005/06 dengan 13 mata.

Malah Mourinho juga mencatat kemenangan paling banyak ke atas Liverpool dalam aksi liga (8 kali) dan turut merekodkan tujuh kali kemenangan menentang Porthmouth.

Manakala Costa berkongsi kedudukan penjaring terbanyak liga musim ini bersama penyerang Manchester City Sergio Aguero  dengan 10 gol dalam sembilan perlawanan.

Penyerang kelahiran Brazil itu hanya gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan liga sahaja iaitu ketika bertemu QPR dan Man City.

Tags / Kata Kunci: chelsea , liverpool , liga perdana inggeris
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan