Berahino, Carrick dan Steward Downing Disenaraikan Dalam Skuad England

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 12:00 AM

Berahino ketika beraksi untuk skuad kebangsaan England Bawah-21 Tahun baru-baru ini. Dia kini terpilih untuk sertai skuad kebangsaan England bagi menghadapi Slovenia dalam kelayakan Euro 2016 di Wembley, England, 15 November ini.

(Ubah saiz teks)

> Penyerang WBA, Saido Berahino dipanggil buat pertama kali sertai skuad England

> England akan menentang Slovenia pada 15 Nov & Scotland 18 Nov

> Stewart Downing & Michael Carrick turut disenaraikan semula

> Roy Hodgson turut menamakan Theo Walcott yang baru pulih

> Tapi bek kanan Liverpool, Glen Johnson tidak disenaraikan

PENYERANG muda dan sensasi WBA, Saido Berahino mungkin akan menerima kapnya yang pertama sebagai pemain kebangsaan England selepas dia disenaraikan oleh jurulatih kebangsaan, Roy Hodgson untuk menentang Slovenia pada 15 November di Wembley dalam perlawanan kelayakan Euro 2016.

England kemudian akan bertemu Scotland dalam perlawanan persahabatan tiga hari selepas itu.

Berahino, 21, sebelum ini hanya beraksi bersama skuad Bawah-21 Tahun England di bawah bimbingan Gareth Southgate.

Dia juga telah menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Kenapa kami menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan adalah sangat jelas...kerana dia menjaringkan gol dan bermain dengan cemerlang bukan sahaja untuk kelabnya West Bromwich Albion tetapi juga bersama skuad Bawah-21  kebangsaan," ujar Hodgson dalam sidang akhbar pada lewat Khamis.

Bagaimanapun keputusan Hodgson yang agak mengejutkan ialah untuk menyenaraikan Theo Walcott dalam skuadnya walaupun penyerang Arsenal itu hanya berpeluang bermain selama 11 minit sahaja sejak kembali dari kecederaan yang panjang.

Seorang lagi pemain yang kembali bersama skuad kebangsaan ialah pemain sayap Stewart Downing, yang kali terakhir bermain untuk England ialah pada Mei 2012.

Pemain West Ham itu telah memperlihatkan prestasi yang cemerlang yang menyaksikan kelab bimbingan Sam Allardyce itu menduduki tangga kelima liga selepas 10 perlawanan musim ini.

Satu lagi pilihan yang mengejutkan ialah pemain tengah Manchester Utd, Michael Carrick, yang sepertimana Walcott baru sahaja kembali bermain satu perlawanan liga sejak pulih dari kecederaan lutut.

Hodgson turut menyenaraikan pemain pertahanan United, Chris Samlling yang minggu lalu dikritik sebagai punca kekalahan kelabnya di tangan Manchester City.

Penyerang United dan rakan sekelab Carrick, Wayne Rooney, bersama-sama penyerang Arsenal, Danny Welbeck dan penyerang Liverpool, Rickie Lambert melengkapkan pilihan Hodgson di barisan hadapan.

SKUAD PENUH ENGLAND:

Penjaga Gol: Fraser Forster, Ben Foster, Joe Hart.

Pertahanan: Leighton Baines, Gary Cahill, Calum Chambers, Nathaniel Clyne, Kieran Gibbs, Phil Jagielka, Luke Shaw, Chris Smalling.

Tengah: Ross Barkley, Michael Carrick, Stewart Downing, Jordan Henderson, Adam Lallana, James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, Raheem Sterling, Andros Townsend, Jack Wilshere, Theo Walcott.

Penyerang: Rickie Lambert, Wayne Rooney, Daniel Welbeck, Saido Berahino.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan