Galatasaray Dikenakan Tindakan Oleh Uefa Kerana Masalah Penyokong - Bola Sepak | mStar

Galatasaray Dikenakan Tindakan Oleh Uefa Kerana Masalah Penyokong

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

GALATASARAY akan dikenakan tindakan oleh Uefa selepas penyokongnya menimbulkan kekacauan ketika kelab Turki tersebut tewas 4-1 kepada Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada Selasa.

Penyokong Galatasaray dilaporkan bertindak liar dengan membaling bom asap dan bunga api kepada penyokong Dortmund yang juga tuan rumah sehingga menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri dalam keadaan sesak.

Berikutan itu, polis Jerman telah melakukan siasatan kerana cubaan membunuh terhadap penyokong Galatasaray.

Akibat tindakan berkenaan, Uefa telah menghalang penyokong Galatasaray daripada hadir ke stadium pada perlawanan seterusnya ditempat lawan.

Galatasaray akan bertemu Anderlecht dalam perlawanan seterusnya Liga Juara-juara Eropah.

Panel Disiplin Uefa dijangka akan menghakimi kes tersebut pada 13 November ini.

Galatasaray pada bulan lalu pernah didenda sebanyak €50,000 kerana kesalahan sama di Arsenal. Kelab itu juga diarahkan supaya membaik pulih Stadium Emirates yang mengalami kerosakan.

Tags / Kata Kunci: Galatasaray

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan